SEJARAH FELDA BUKIT WAHA
Sejarah atau asal usul nama Bukit Waha masih kurang jelas dan tidak dapat dikenalpasti kerana tiada cacatan bertulis yang ditemui. Namun begitu, ia dipercayai berpunca daripada nama sebuah bukit didalam kawasan rancangan iaitu “Bukit Waha’. Kewujudan nama bukit tersebut dipercayai berpunca daripada zaman perang dunia ke-2 dahulu.Dengan kedudukan jarak lebih kurang 35kilometer daripada Kota Tinggi dah kira-kira 75 kilometer daripada bandaraya Johor Bharu. Felda ini mula dibangunkan pada tahun 1973 untuk peringkat pertama dan seterusnya pada tahun 1986 bagi peringkat ketiga.Di dalam Felda Bukit Waha terdapat dua buah rancangan lain iaitu Felada Simpang Waha dan Felda Bukit Easter, di mana ketiga-tiga rancangan ini dikenali atau disebut sebagai Felda Gugusan Waha. Dua... buah rancangan ini merupakan kampung terdekat dengan kampung ini. Namun begitu terdapat juga beberapa buah kampung atau felda yang berhampiran di bawah pentadbiran yang berbeza iaitu Felda Bukit Aping Barat dan Felda Lok Heng. Hubungan antara penduduk Felda Bukit Waha dengan kawasan kejiranan yang lain adalah ditahap yang sangat memuaskan. Segala aktiviti yang direncanakan akan melibatkan penyertaan daripada semua masyarakat dan sambutan yang diberikan adalah baik. Aktiviti seperti klinik motivasi untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar sering diadakan secara usahasama antara penduduk. POPULASI Perkampungan terancang. Felda Bukit Waha dianggarkan mempunyai kira-kira 364 orang peneroka dimana majoritinya adalah berketurunan kaum Melayu. Seawal pembukaan kampung ini sehingga kini masyarakatnya hidup dalam keadaan yang cukup harmoni antara satu sama lain. Di kampung ini penempatan yang disusun adalah secara terancang mengikut blok-blok yang telah ditetapkan agar ia memudahkan lagi pentadbiran. Gaya hidup yang sihat dan saling tolong-menolong serta prihatin telah menjadi amalan nenek moyang sejak zaman berzaman lagi
No comments:
Post a Comment