Betapa payahnya malaikat meminta tanah dari bumi… Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing- masin kembali dengan tangan yang hampa. Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah: ” Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman :”Ya Izrail, pertama engkau yang Ku- tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh umat manusia. Lalu Allah berfirman lagi: “tidak, mereka tidak akan
memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku
jadikan kematian mereka itu
bersebab, terbunuh,terbakar,sakit dan sebagainya.
TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris/perancis
8. Tanah Khurasan
9. Tanah Babylon
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha’if
Kata Ibnu Abbas :
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di
situlah otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat
pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud
kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat
berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat
menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-
manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari
nafkah dan kerjasama,sesama manusia. 8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks
(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan
manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh
tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan
jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah
iman, keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap
Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.
Bagaimanakah prosesnya :
1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar,air masin,air hanyir, angin, api.Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “sifat”.
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan didalam “Alam Malakut”.
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan.Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah- rempah ,wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan “Barul Uluhiyah”.
4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “Kudral-Izzah-Nya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”.Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.
5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail. Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang dibawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya di kepala : dua liang mata,dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.Yang dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur.
Dijadikan pula lima buah pancaindera :
1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan,
untuk perasa halus, kasar dan sebagainya.
Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil waktu 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.
Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia. Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.
Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata: “Yarkhamukallah” yang ertinya: “semoga engkau diberi rahmat Allah” Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan “Yarkhamukallah”. Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa- gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :”Dan adalah manusia itu, suka tergesa- gesa”.(Al-Israk:II)
Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru,
maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama.Wajahnya cukup Bagus, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun,lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.
Renungan : Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung , Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan.”
Allahu'allam
blog i
untuk berkenalan follow ea
Friday, March 2, 2012
Beruntungnya Jadi Wanita
Beruntungnya seorang wanita…
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari
Cuti ini bukan cuti suka hati
Tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…
Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
Jadi kenapa perlu takut nak beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
Mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
Tetapi dosa-dosa suami dia tidak menanggungnya…
Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari…
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. Ganjaran Alah akan diberi keatasnya jua..
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat Dia tidak mahu masuk syuga tanpa suaminya,
Jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk melepasi titian untuk masuk ke syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami Dia tak akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.
Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak
kaki.
Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu (lelaki) , lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
Oleh itu wanita sekalian, sayangilah diri anda dan Suami anda…
Sepenuh Jiwa & Raga…
Wallahualam…

sejarah kampung ku felda bukit waha
SEJARAH FELDA BUKIT WAHA
Sejarah atau asal usul nama Bukit Waha masih kurang jelas dan tidak dapat dikenalpasti kerana tiada cacatan bertulis yang ditemui. Namun begitu, ia dipercayai berpunca daripada nama sebuah bukit didalam kawasan rancangan iaitu “Bukit Waha’. Kewujudan nama bukit tersebut dipercayai berpunca daripada zaman perang dunia ke-2 dahulu.Dengan kedudukan jarak lebih kurang 35kilometer daripada Kota Tinggi dah kira-kira 75 kilometer daripada bandaraya Johor Bharu. Felda ini mula dibangunkan pada tahun 1973 untuk peringkat pertama dan seterusnya pada tahun 1986 bagi peringkat ketiga.Di dalam Felda Bukit Waha terdapat dua buah rancangan lain iaitu Felada Simpang Waha dan Felda Bukit Easter, di mana ketiga-tiga rancangan ini dikenali atau disebut sebagai Felda Gugusan Waha. Dua... buah rancangan ini merupakan kampung terdekat dengan kampung ini. Namun begitu terdapat juga beberapa buah kampung atau felda yang berhampiran di bawah pentadbiran yang berbeza iaitu Felda Bukit Aping Barat dan Felda Lok Heng. Hubungan antara penduduk Felda Bukit Waha dengan kawasan kejiranan yang lain adalah ditahap yang sangat memuaskan. Segala aktiviti yang direncanakan akan melibatkan penyertaan daripada semua masyarakat dan sambutan yang diberikan adalah baik. Aktiviti seperti klinik motivasi untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar sering diadakan secara usahasama antara penduduk. POPULASI Perkampungan terancang. Felda Bukit Waha dianggarkan mempunyai kira-kira 364 orang peneroka dimana majoritinya adalah berketurunan kaum Melayu. Seawal pembukaan kampung ini sehingga kini masyarakatnya hidup dalam keadaan yang cukup harmoni antara satu sama lain. Di kampung ini penempatan yang disusun adalah secara terancang mengikut blok-blok yang telah ditetapkan agar ia memudahkan lagi pentadbiran. Gaya hidup yang sihat dan saling tolong-menolong serta prihatin telah menjadi amalan nenek moyang sejak zaman berzaman lagi

Thursday, March 1, 2012
kenangan
Dalam melewati sehari-hari dalam hidup aku
Kadang hadir juga rasa sunyi
Melihat orang lain berpacaran berdua
Terasa juga ingin begitu
Melihat teman-teman naik pelamin kadang hadir juga rasa cemburu
Dulu,
Waku dengan Sang Pencinta meski dia sering sakit
Sering koma berhari-hari,
Jadual hidupnya dipenuhi minor operation,
Tapi aku tak pernah sunyi,
Pesakit kanser tahap kronik seperti dia sangat sensetif,
Kami selalu bergaduh,
Katanya aku terlalu sibuk dan tiada lik kelas,
Semata nak aku dengarr cerita dia untuk hari tu,

Dan aku selalu kata dengannya,
" Sayang, awak ni memang tak romantik,
tapi bila awak romantik saya boleh jadi angau! "
Aku putus dengan dia sebab kami tak sefahaman.
Hubungan bertahan 6 bulan.
Dia lelaki paling optimis aku pernah jumpa.
Dia matang dan rasional.
Semoga awak baik-baik kat sana.
Saya tak tahu keadaan awak.
Tapi saya doakan yang terbaik untuk awak.
Iman.
Rasa dah banyak aku cerita dalam ini.
jadi, tak ada lagi apa untuk diceritakan.
Moga awak bahagia.
Rencana Tuhan sudah cukup baik.
Sabar dan lalui hari-hari dengan tenang.
Di hujung jalan nanti pasti ada bahagia menanti.
Insya Allah.

lumrah kehidupan
Assalamualaikum, salam 1 blogger dan selamat pagi :) Selamat datang ke bulan march ! hurm, bila sampai ke bulan march, nervous pulak
Berbalik kepada entri di atas. lumrah kehidupan. lumrah kehidupan ini kadang kala kita semua sudah sedia maklum. Tapi, kadang kala, kita sendiri yang tak dapat menerima kenyataan hidup. Tapi begitulah lumrah kehidupan. benda yang harus kita terima. Harus kita ingat juga, mengapakah kadang kala ujian hidup itu sungguh berat dan perit untuk kita terima, tapi ingatlah kembali, apa tujuan disebalik kehidupan manusia. Pertamanya kita mesti faham bahawa hidup kita ini akan sentiasa diuji. Sama ada kita suka atau tidak kita akan diuji juga :) Firman Allah,
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” – Surah AlBaqarah : Ayat 214
subahannallah ;)
Tapi Allah itu maha adil dan maha penyayang. Seperti yang disebut dalam surah Al-baqarah ayat 286..
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”
Allah S.W.T tidak akan memberikan ujian lebih dari kemampuan kita :)
Dan sesungguhnya,
* Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. “ – Hadith riwayat Imam Tirmizi
* Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.” – Hadith riwayat Imam Tirmizi.
Jadi, begitulah lumrah kehidupan. Kehidupan itu ibarat roda, kadang kala diatas, kadang kala kita dibawah. perlu juga kita tahu, kadang-kadang Allah sembunyikan matahari. Dia datangkan petir dan kilat., kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya pelangi.. Rupa-rupanya, Allah nak berikan kita pelangi.. Untuk pengetahuan semua, Semua fakta dan hadis-hadis yang aku dapat kan atas tu adalah dari sumber-sumber mutiara hadith, and ofcourse ada sebab mengapa aku memilih entri bertajuk mengenai kehidupan.
Ada di suatu ketika kita khilaf, kita merasakan dunia seakan tidak adil..lalu pada masa itu, kita menangis dan tertanya-tanya. mengapa begitu berat rasanya untuk menghadapi ujian itu..kadang kala kita merasakan ingin pergi jauh, jauh dari segala kekusutan yang kita hadapi, jauh dari segala ujian itu..tapi, setiap permasalahan tidak akan selesai selagi kita tidak mencari penyelesaiannya..dan setiap masalah itu memang ada penyelesainnya, mengapa kita hendak memberatkan benda yang ringan? mengapa kita hendak susahkan benda yang senang..dan pada detik itu, istighfarlah, kerana sesungguhnya kita telah berbuat dosa memikirkan semua itu..Jangan pernah lupa bahawa Allah S.W.T itu sentiasa ada untuk kita..kesabaran yang aku ataupun sesiapa lalui, ada hikmah disebaliknya..Aku percaya itu, dan aku yakin, jika kita percaya dan bersabar, segala kebahagiaan akan kita kecapi, Insyaallah :) dan aku percaya, semua orang pernah melalui itu..semua orang pernah sedih..semua orang pernah terluka, semua orang pernah kecewa..tapi kalau difikirkan balik, kenapa kita nak kongsikan kesedihan dan kekecewaan itu? lebih baik kita kongsikan sesuatu yang membina dan Insyaallah untuk diri sendiri dan orang lain kan..?hurmm..
Kadang-kadang aku rasa tidak layak untuk berkongsi pendapat sebegini sedangkan aku sendiri, belum tentu mampu menghadapi sesuatu itu dengan begitu tabah dan kuat. Tapi setidaknya aku mencuba :) dan setidaknya aku berkongsi sesuatu yang baik :) dan akhir kata, segala yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruknya itu dari aku sendiri. Tiada yang sempurna di dalam dunia ini, jika terdapat kesalahan silalah perbetulkan :D terima kasih.. wassalam ;)

Subscribe to:
Comments (Atom)